Tuesday, August 17, 2010

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...



Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.
Nabi Muhammad SAW

Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia.
Nabi Muhammad SAW

Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.
Khalifah ‘Umar

Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu, dan uangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan.
Ibnu Mas’ud

Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak.
Khalifah ‘Ali

Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.
Imam An Nawawi

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.
Khalifah ‘Umar

Pengetahuan tidaklah cukup; kita harus mengamalkannya. Niat tidaklah cukup; kita harus melakukannya.
Johann Wolfgang von Goethe

Pencegahan lebih baik daripada pengobatan.
Johann Wolfgang von Goethe

Kearifan ditemukan hanya dalam kebenaran.
Johann Wolfgang von Goethe

Ilmu pengetahuan tanpa agama adalah pincang.
Einstein

Perdamaian tidak dapat dijaga dengan kekuatan. Hal itu hanya dapat diraih dengan pengertian.
Einstein

Agama sejati adalah hidup yang sesungguhnya; hidup dengan seluruh jiwa seseorang, dengan seluruh kebaikan dan kebajikan seseorang.
Einstein

Dua hal yang membangkitkan ketakjuban saya – langit bertaburkan bintang di atas dan alam semesta yang penuh hikmah di dalamnya.
Einstein

Apa yang saya saksikan di Alam adalah sebuah tatanan agung yang tidak dapat kita pahami dengan sangat tidak menyeluruh, dan hal itu sudah semestinya menjadikan seseorang yang senantiasa berpikir dilingkupi perasaan “rendah hati.”
Einstein

Sungguh sedikit mereka yang melihat dengan mata mereka sendiri dan merasakan dengan hati mereka sendiri.
Einstein

Berusahalah untuk tidak menjadi manusia yang berhasil tapi berusahalah menjadi manusia yang berguna.
Einstein

Tidak semua yang dapat menghitung dapat dihitung, dan tidak semua yang dapat dihitung dapat menghitung.
Einstein

-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL-

Gua musang.. lu?? hahaha

Ni geng2 Umah mak angkat.. Mlm g tgk wayang Kulit.. Mr K and Daudsu.. hahaha (dak skolah bg nama kat beliau..) dan rafini.. suma BNK punya olang maa...
*p/s: Wayang kulit memang best...

 

Warga pelajar Sk Fakhri Perta.. Best2 la kalian..
Posted by Picasa

SMK DATO KAMARUDDIN


Tempat penginapan yg stylo.. kak shima da menyesal...

warga SMKDK
Pada bulan mei... Lepas Final exam.. dapat offer dari kak ikin untuk join program kat SMKDK di batu kurau... Memang stylo r.. dapat duduk HOMESTAY (kak shima xpuas hati smpai hari ni.. hahaha).. Anyway.. Thankz to all.. =)

Tuesday, July 20, 2010

Pagi2 dah pening...

Sekali terlupa la plak nk cari keje sivik... last2 jumpa plak perbandingan masyarakat sivil dan madani.. apa itu sivil? dan apa itu madani? apakah kita tergolong dalam salah satu atau keduanya?

Definisi Masyarakat Sivil
Ernest Gellner memberi takrifan bahawa masyarakat sivil sebagai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai institusi bukan pemerintah yang cukup kuat untuk mengimbangi negara. Walaupun ia bukan bertujuan menghalang negara memenuhi dan melaksanakan peranannya sebagai penjaga keamanan dan keselamatan serta bertindak sebagai hakim atau pengadil antara negara dan rakyat, masyarakat sivil tetap dapat menghalang usaha-usaha mendominasi warganya. Model ini dikembangkan oleh Alexis De Tocqueville berdasarkan pengalaman demokrasi di Amerika Syarikat yang merupakan kewujudan kelompok-kelompok sukarela dalam masyarakat yang membuat keputusan di peringkat tempatan dan menghindari campur tangan pemerintah. Gerakan masyarakat sivil dikenali sebagai saluran penyertaan rakyat dalam pelbagai perkara seperti politik, sosial dan ekonomi selain mampu memberi kesan kepada hubungan kerajaan dan rakyat.
Takrifan lain yang diberikan terhadap masyarakat sivil adalah kemampuan untuk hidup berpersatuan secara umumnya dan tabiat berkumpulan itu bagi menggalakkan ketertiban tindakan sesuatu masyarakat di dalam sebuah amalan politik yang demokratik. Model ini dikemukakan oleh Adam Ferguson di pertengahan abad ke-18 dengan latar belakang kemunculan masyarakat kapitalisme yang mengalami penghakisan dari segi tanggung jawab sosial dan berkembangannya pengaruh individualisme. Dengan itu, Ferguson membayangkan masyarakat sivil sebagai masyarakat yang hidup dengan ciri-ciri solidariti sosial yang kuat, bermoral tinggi dan sebagainya. Jika melihat kepada rejim komunis di Poland pada awal 1980-an, terdapat pengkaji menyifatkan perjuangan menentang rejim tersebut menjadi inspirasi kepada tuntutan kebebasan dan pendemokrasian semula negara-negara di Amerika Latin. Perjuangan itu mencerminkan masyarakat sivil di dalam kerangka anti-negara yang ingin memerdekakan negara daripada cengkaman pemerintahan komunis yang menyekat kebebasan dan hak asasi manusia. Masyarakat sivil daripada kelompok ini dimulai oleh Thomas Paine yang melihat masyarakat sivil sebagai penentang kepada negara malah pemerintah perlu dibataskan sehingga sekecil-kecilnya dengan kemampuan masyarakat sivil mengawalnya.
Bagi tradisi Marxis pula, masyarakat sivil adalah ideologi kelas dominan yang dikemukakan oleh Karl Marx selepas dicetuskan oleh Hegel. Masyarakat sivil difahami sebagai masyarakat borjuis yang menjadi produk kapitalis dan harus dihapuskan untuk mewujudkan masyarakat tanpa kelas.

Definisi Masyarakat Madani
Masyarakat madani dapat didefinisikan sebagai sebuah masyarakat yang mengamalkan budaya hidup murni berteraskan keadilan, keihsanan dan kebenaran dalam semua aspek kehidupan seperti sosio-budaya, ekonomi dan politik. Ia adalah masyarakat yang menghormati hak-hak asasi manusia dan amalan demokrasi yang berpaksikan kehidupan beragama, berakhlak dan keutamaan menunaikan tanggung jawab individu dan masyarakat bagi memelihara serta mempertahankan kesejahteraan dan keamanan berlandaskan undang-undang. Masyarakat madani juga sebuah masyarakat yang memberi keutamaan kepada keperluan asas, dinamika budaya, kecerdasan dan perkembangan ekonomi, menjaga persekitaran dan mewujudkan pembabitan aktif di kalangan rakyat daripada pelbagai sudut. Ia juga sebuah masyarakat yang menyanjung tinggi perkembangan serta penghayatan ilmu, pembentukan peribadi mulia, kaya dengan daya cipta yang kreatif dan inovatif.
Model bagi masyarakat madani daripada perspektif Islam meletakkan kedaulatan rakyat terbanyak sewajarnya dihormati tetapi tidak bertentangan dengan kedaulatan suci dan murni daripada Allah swt. Ia menekankan kepada hak asasi berteraskan martabat kemanusiaan, bentuk kerajaan yang berteraskan keadilan dan membenarkan kritikan daripada pelbagai lapisan rakyat. Bentuk persaingan yang sihat digalakkan dan mengutamakan pendekatan damai berbanding permusuhan dan peperangan. Menurut Anwar (1997), masyarakat madani menjadi penting berikutan proses transformasi dalaman selepas berdekad menghadapi penjajahan kuasa Barat. Dengan itu, peribadi Asia yang bakal muncul hasil pertembungan dengan budaya Barat akan mempertahankan pandangan hidup, peradaban dan prinsip akhlaknya. “Salah satu tanda transformasi tersebut adalah perdebatan yang rancak tentang demokrasi dan masyarakat madani. Telah timbul kesedaran bahawa tidak memadai Asia muncul sebagai naga ekonomi, ia juga perlu bergerak untuk membina kekuatan moral dalam pembentukan desa sejagat. Perdebatan ini berlaku di kalangan generasi baru, cendekiawan, aktivis masyarakat, seniman dan ahli politik yang memiliki keyakinan diri dan mendukung kesejagatan nilai demokrasi. Meskipun perkara ini sering dihubungkan dengan Barat tetapi bagi Asia perbahasan ini sebenarnya berakar umbi pada tradisi dan budayanya yang kaya.”
Ia juga mempunyai sistem sosial yang subur dengan prinsip-prinsip moral yang dapat menjamin keseimbangan antara kebebasan individu dengan kestabilan masyarakat serta mendorong kepada daya usaha dan inisiatif individu. Era kebangkitan Islam yang melanda dunia Islam pada 1960-an turut menyumbang kepada perkembangan masyarakat madani sebagai satu konsep masyarakat yang harus dicapai oleh penganut-penganutnya. Selain definisi, amat penting untuk melihat kepada perkembangan masyarakat madani sebelum membuat perbandingan dengan masyarakat sivil yang terhasil daripada pengalaman politik Barat. Sebahagian besar sarjana mengkaji Islam, mempunyai kecenderungan untuk mengaitkan permulaan bagi perkembangan masyarakat madani dengan pembentukan masyarakat beradab di Madinah. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw ke kota tersebut yang terkenal dengan nama Yathrib, masyarakatnya hidup dalam keadaan saling bermusuhan, tidak wujud toleransi antara kaum, tiada permuafakatan dan saling tindas menindas. Kedatangan baginda menukar masyarakat kepada masyarakat berilmu, berakhlak, menghormati undang-undang, bermuafakat dan sebagainya yang menjadi permulaan kepada pembentukan masyarakat madani. Ia dianggap model terawal masyarakat madani dalam konteks Islam. Tindakan utama baginda dalam menukar peribadi masyarakat adalah melalui penetapan yang dikenali sebagai Piagam Madinah[1] (Mitsaq al-Madinah) atau juga dinamakan Perlembagaan Madinah. Di dalam perlembagaan ini, setiap puak dan kaum di dalam kota Madinah perlu memberi pengakuan dan berjanji menghormati hak-hak individu lain tanpa melihat kepada perbezaan agama dan menjadi umat yang bersatu dengan hak-hak dan kewajipan yang sama. Dengan itu, Islam telah membawa perubahan radikal dalam kehidupan individu dan sosial di Madinah kerana keupayaannya mempengaruhi dan meningkatkan kualiti seluruh aspek kehidupan. Konsep masyarakat madani di Madinah menjadi asas kepada satu kehidupan bertamadun dengan kombinasi elemen perundangan, penyertaan politik daripada pelbagai kalangan rakyat dan kaum serta kesediaan memenuhi keperluan pelbagai budaya. Azizuddin (2002) berpendapat masyarakat madani dinilai dan diamalkan berasaskan kepada prinsip-prinsip agama, nilai dan rohaniah Islam. Revolusi kerohanian dan akliah yang dibawa Islam kemudiannya menggerakkan tradisi sosial yang meletakkan asas susunan baru kemasyarakatan dan kenegaraan. Ia memperkenalkan cita-cita keadilan sosial dan pembentukan masyarakat madani iaitu sebuah masyarakat sivil yang bersifat demokratik. Ia menghubungkan keadaan sosial, kebudayaan, agama dan politik di dalam kerangka moraliti sosial yang dikehendaki pada peringkat individu dan masyarakat. Masyarakat madani menonjolkan sistem sosial yang cekap dan adil serta pelaksanaan pemerintahan menurut undang-undang. Dengan itu, politik negara akan dipandu oleh matlamat dan prinsip moral, etika dan keislaman yang mengasaskan masyarakat sivil yang beretika. Ia merupakan satu konsep yang berkembang sejak keagungan zaman kebangkitan intelektual Islam seperti al-Farabi, Ibnu Miskawayh dan Ibnu Khaldun yang masing-masing menjelaskan konsep sebenar masyarakat madani sebagai masyarakat yang bertamadun Al-Farabi menjelaskan konsep dalam masyarakat madani tahap rendah, anggota-anggota masyarakat saling bekerjasam tapi dari segi untuk mendapatkan keuntungan peribadi, berniaga dan membantu daripada aspek kebendaan. Pada tahap tinggi pula, ahli-ahli masyarakat akan bekerjasama untuk membina tamadun luhur melalui pencarian kebenaran, mencapai kebahagian bersama, memupuk kecintaan terhadap ilmu dan memakmurkan masyarakat dengan perkara-perkara mulia. Ibnu Miskawayh pula berpendapat yang dimaksudkan dengan masyarakat madani adalah masyarakat bertamadun dan merujuk kepada makna madaniyyah iaitu keadaan perbandaran dan kemakmuran yang dicapai melalui kerjasama kebajikan rakyat. Bagi Ibnu Khaldun, beliau turut berpendapat seperti Ibnu Miskawayh dengan mengatakan masyarakat madani adalah rujukan kepada peradaban dan kemakmuran hidup serta amat berkait rapat dengan masyarakat bertamadun.

apakah sumbangan kita sebagai pendidik kepada masyarakat? renung2kan dan selamat beramal...